Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah da

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan sentimen Rizab Persekutuan (Fed) yang berhati-hati memberikan kelegaan kepada pelabur.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.49 mata atau 0.09 peratus kepada 1,631.85 daripada 1,630.36 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka tinggi 3.51 mata kepada 1,633.87.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 239 berbanding 137 manakala 270 kaunter tidak berubah, 2,127 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 173.94 juta saham bernilai RM95.98 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata penurunan terkini telah mendorong indeks kembali kepada keadaan terlebih jual, yang boleh menggalakkan aktiviti belian saham pada harga rendah.

“Bagaimanapun, dengan situasi jualan asing yang dilaporkan, kami percaya sebarang peningkatan awal mungkin kekal sederhana.

“Namun demikian, aliran penurunan membuka peluang untuk membeli secara terpilih saham yang mempunyai asas kukuh terutamanya dalam kalangan bank yang mapan, syarikat utiliti dan syarikat semikonduktor,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata pemulihan yang lebih mampan memerlukan penyertaan yang lebih baik daripada kaunter saham wajaran tinggi dan peningkatan jumlah saham daripada pelbagai sektor.

Oleh itu, beliau menjangka dagangan berhati-hati hari ini dalam julat 1,625 hingga 1,640.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM9.95, Public Bank dan CIMB, masing-masing menurun satu sen kepada RM4.66 dan RM7.68, Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM12.94 dan IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM7.71.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI, Jaks Resources dan Genetec, masing-masing kekal tidak berubah pada 16.5 sen, 18 sen dan 32.5 sen, V.S Industry naik satu sen kepada 28 sen, bagaimanapun Kinergy Advancement menurun setengah sen kepada 39.5 sen.

Kaunter paling untung ialah Malaysian Pacific Industries meningkat 58 sen kepada RM41.70, Hengyuan Refining naik 19 sen kepada RM3.83, Petronas Chemicals menokok 15 sen kepada RM4.28 serta UWC dan MI Technovation, masing-masing menambah 10 sen kepada RM7.20 dan RM5.36.

Kaunter paling rugi termasuklah MISC menurun 14 sen kepada RM7.54, LPI Capital, Hong Leong Industries, MNRB dan RHB Bank, masing-masing merosot empat sen kepada RM12.80, RM16.10, RM2.78 dan RM7.43.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 75.93 mata kepada 17,434.91, Indeks FBM Emas naik 17.18 mata kepada 12,160.71 dan Indeks FBM Top 100 menokok 21.58 mata kepada 11,954.73.

Indeks FBM Emas Shariah menambah 34.76 mata kepada 12,047.77 dan Indeks FBM ACE naik 18.61 mata kepada 5,501.58.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.10 mata kepada 178.83, Indeks Tenaga naik 9.45 mata kepada 844.46, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 26.33 mata kepada 19,034.58 manakala Indeks Perladangan menokok 2.75 mata kepada 9,029.32.

— BERNAMA