IRGC TUMPASKAN PASUKAN PENGGANAS DI TENGGARA IRAN

HomeFeaturedBerita Semasa

IRGC TUMPASKAN PASUKAN PENGGANAS DI TENGGARA IRAN

TEHRAN,. Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran telah menumpaskan satu pasukan pengganas di wilayah Sistan dan Baluchestan yang terletak di t

BANK INDONESIA LANCAR KAD KREDIT INDONESIA UNTUK PEMBAYARAN QRIS
Putin arahkan henti serangan tiga hari ke atas Kyiv menjelang lawatan Utusan Khas AS – Kremlin
Operasi KLIA T1 terkawal, majoriti penerbangan ke destinasi Asia

TEHRAN,. Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran telah menumpaskan satu pasukan pengganas di wilayah Sistan dan Baluchestan yang terletak di tenggara negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Pejabat Perhubungan Awam Pangkalan Quds bagi Angkatan Darat IRGC memaklumkan bahawa pasukan pengganas itu berjaya dikenal pasti dan ditumpaskan hasil maklumat penduduk tempatan serta operasi perisikan yang tepat.

Menurut kenyataan itu kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan serangan pengganas di kawasan terbabit.

Menurut kenyataan itu lagi, enam ahli kumpulan pengganas Takfiri maut dalam operasi di wilayah Sistan dan Baluchestan, manakala beberapa peranti bahan letupan turut ditemukan dan dirampas.

— BERNAMA-IRNA