Terbuka Artik 2026: Aaron-Roy King raih gelaran pertama, tewaskan pasangan Taiwan

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Terbuka Artik 2026: Aaron-Roy King raih gelaran pertama, tewaskan pasangan Taiwan

KUALA LUMPUR,. Beregu lelaki negara Aaron Tai-Yap Roy King meraih gelaran pertama mereka selepas mencatat kemenangan straight set pada Kejohanan Badmi

FINAS RESTORASI 150 JAM KHAZANAH AUDIOVISUAL, HIDUPKAN SEJARAH VISUAL NEGARA
FAA cadang pemeriksaan tempat duduk ratusan pesawat Boeing 737 MAX
Setiausaha Majlis Raja-Raja, Aidiladha Disambut pada 27 Mei

KUALA LUMPUR,. Beregu lelaki negara Aaron Tai-Yap Roy King meraih gelaran pertama mereka selepas mencatat kemenangan straight set pada Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland pada Ahad.

Pada perlawanan akhir, pasangan Malaysia itu menewaskan beregu Taiwan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng dengan keputusan 21-19, 21-19 dalam tempoh 41 minit.

Aaron dan Roy King menyertai kejohanan itu dengan menduduki ranking ke-348 dunia manakala lawan mereka dari Taiwan berada di kedudukan ke-60 dunia.

Terbuka Artik menjadi penampilan sulung Aaron dan Roy King sebagai gandingan baharu negara.

Hasil kemenangan dua set itu, gandingan baharu berkenaan berjaya menamatkan penampilan pertama pada kejohanan bertaraf Super 500 dengan merangkul kejuaraan sulung mereka.

— BERNAMA