SYDNEY,. Penyelidik marin melancarkan satu daripada projek percubaan pemulihan terumbu karang terbesar di Great Barrier Reef, Australia, bersempena de
SYDNEY,. Penyelidik marin melancarkan satu daripada projek percubaan pemulihan terumbu karang terbesar di Great Barrier Reef, Australia, bersempena dengan fenomena peneluran karang (coral spawning) secara besar-besaran yang berlaku setiap tahun, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Institut Sains Marin Australia (AIMS) pada Khamis, Program Pelaksanaan Perintisnya menyasarkan penempatan sehingga 120,000 peranti penyemaian khas yang mengandungi karang muda di kawasan terumbu sekitar Kepulauan Keppel serta perairan berhampiran Cairns dan Port Douglas sepanjang musim 2026-2027.
Program itu turut melatih pengusaha akuakultur terumbu karang dan kumpulan Orang Asli di negeri Queensland untuk mengendalikan unit ReefSeed serta memelihara karang di kemudahan darat sebelum memindahkan dan menempatkan karang muda di kawasan terumbu.
ReefSeed merupakan sistem akuakultur terumbu karang mudah alih berasaskan kontena yang dibangunkan AIMS, dengan keupayaan menghasilkan jutaan larva karang dan ratusan ribu karang muda untuk ditempatkan di kawasan terumbu di Australia serta luar negara.
Unit ReefSeed pertama telah dipasang dan berjaya diuji di Maldives.
— BERNAMA-XINHUA

