BANK RAKYAT JAMIN MAKLUMAT, SIMPANAN PELANGGAN SELAMAT

HomeFeaturedBerita Semasa

BANK RAKYAT JAMIN MAKLUMAT, SIMPANAN PELANGGAN SELAMAT

KUALA LUMPUR,. Bank Rakyat memberi jaminan sistem serta operasi perbankannya terus beroperasi seperti biasa dengan data peribadi, maklumat perbankan s

689 penagih dadah tampil sukarela dapatkan rawatan, pemulihan AADK
FILIPINA TUAN RUMAH MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN PADA 28-29 OKT
Perluasan rangkaian kedai SARA sokong kelangsungan PMKS

KUALA LUMPUR,. Bank Rakyat memberi jaminan sistem serta operasi perbankannya terus beroperasi seperti biasa dengan data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas meskipun berlaku gangguan akses buat sementara waktu.

Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan akses yang berlaku hanya menjejaskan laman web korporat bank itu dan berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Bank itu memaklumkan sementara pemulihan akses laman web korporat dilaksanakan, pelanggan boleh terus menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif seperti laman web iRakyat https://irakyat.com.my, aplikasi perbankan mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dialami dan menghargai kesabaran anda. Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Bank Rakyat menegaskan keselamatan dan kepentingan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Semalam, portal korporat Bank Rakyat dilaporkan mengalami gangguan capaian buat sementara waktu, dan pelanggan dinasihatkan agar menggunakan saluran digital dan aplikasi mudah alih alternatif bagi meneruskan urusan perbankan.

— BERNAMA