MANILA,. Filipina, menerusi Jabatan Pertahanan Negara (DND), akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-20 dan ADMM-
MANILA,. Filipina, menerusi Jabatan Pertahanan Negara (DND), akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-20 dan ADMM-Campur ke-13 dari 28 hingga 29 Okt di Cebu City, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Bertemakan “Mengemudikan Masa Depan Kita, Bersama” , mesyuarat berkenaan merupakan sebahagian daripada Kepengerusian ASEAN 2026 oleh negara itu dan bertujuan memperkukuh kerjasama pertahanan dalam kalangan negara anggota ASEAN serta rakan dialog.
Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro Jr, selaku Pengerusi ADMM dan ADMM-Campur 2026, akan mengetuai perbincangan bersama rakan sejawatnya mengenai kerjasama pertahanan dua hala, memajukan dialog serta bidang lain yang berkepentingan bersama.
Sementara itu, Kepengerusian ASEAN Filipina akan mengutamakan keamanan dan keselamatan serantau, perkongsian yang lebih kukuh serta kerjasama pertahanan praktikal bagi menyokong rantau Indo-Pasifik yang aman, selamat dan stabil.
Sejak 2006, ADMM berfungsi sebagai mekanisme perundingan dan kerjasama pertahanan tertinggi ASEAN, manakala ADMM-Campur yang dilancarkan pada 2010 menghimpunkan negara anggota ASEAN dan lapan negara tambahan bagi memperluas dialog pertahanan serantau.
— BERNAMA-PNA

