IRAN SEDIA AMBIL LANGKAH KE ARAH KERJASAMA SERANTAU, ATASI PERBEZAAN – PRESIDEN

HomeFeaturedBerita Semasa

IRAN SEDIA AMBIL LANGKAH KE ARAH KERJASAMA SERANTAU, ATASI PERBEZAAN – PRESIDEN

ISTANBUL,. Presiden Iran Masoud Pezeshkian menyatakan negaranya bersedia mengambil langkah ke arah memperdalam kerjasama serantau dan mengatasi perbez

ARAB SAUDI TERUS PERLUAS INISIATIF TINGKAT MUTU PERKHIDMATAN UMRAH
Penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan hanya di premis berdaftar, berlesen di bawah Akta 586
TRUMP,Ancam Hentikan Perdagangan Dengan Sesetengah Negara Jika Kadar Faedah Diturunkan

ISTANBUL,. Presiden Iran Masoud Pezeshkian menyatakan negaranya bersedia mengambil langkah ke arah memperdalam kerjasama serantau dan mengatasi perbezaan, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita rasmi IRNA.

Bercakap dalam pertemuan di Tehran bersama pegawai dari Turkiye, Arab Saudi dan Pakistan yang merupakan anggota Pakatan Pertahanan Makkah, Pezeshkian menekankan keperluan mengukuhkan perpaduan serta kerjasama dalam kalangan negara Islam.

“Republik Islam Iran, dengan keyakinan teguh dan keazaman yang tinggi, bersedia mengambil langkah ke arah memperdalam kerjasama serantau, menyelesaikan perbezaan serta memanfaatkan keupayaan bersama negara-negara Islam,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa Tehran menyokong sebarang persefahaman yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan, keselamatan dan pembangunan serantau.

Pezeshkian berkata negara-negara Islam boleh memanfaatkan keupayaan bersama mereka untuk menawarkan model keadilan dan pembangunan kepada dunia.

Mesyuarat empat hala antara delegasi dari Turkiye, Arab Saudi, Pakistan dan Iran bermula di Tehran pada Isnin, dengan rundingan memberi tumpuan kepada keselamatan serantau, tindakan Israel di rantau itu serta perkembangan di Palestin dan Lubnan.

Kedua-dua Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Menteri Luar Abbas Araghchi menghadiri mesyuarat berkenaan, manakala Turkiye diwakili oleh Pengarah Pertubuhan Perisikan Kebangsaan Ibrahim Kalin, Arab Saudi oleh Menteri Pertahanan Putera Khalid bin Salman, dan Pakistan oleh Panglima Angkatan Tentera Asim Munir.

— BERNAMA-ANADOLU