IPOH,. Seorang lelaki tempatan dipercayai penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Persiaran Lembah Perpaduan, Tambun di sini, awal p
IPOH,. Seorang lelaki tempatan dipercayai penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Persiaran Lembah Perpaduan, Tambun di sini, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi selepas anggota yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan kenderaan dipandu suspek.
“Suspek bertindak keluar dari kenderaan untuk melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis menyebabkan polis membalas tembakan untuk menyelamatkan diri sehingga tiada ancaman keselamatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kumar berkata suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada 3.40 pagi.
Beliau berkata polis menemukan sepucuk pistol berhampiran suspek.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata polis akan mengadakan sidang media berkaitan kes itu pada petang ini.
— BERNAMA

