Bayi perempuan baru dilahirkan maut ditikam ibu kandung

HomeFeaturedJenayah

Bayi perempuan baru dilahirkan maut ditikam ibu kandung

IPOH,. Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan maut dipercayai ditikam ibu kandungnya dalam kejadian di Pantai Remis dekat sini, Sabtu lepas.K

Perang Iran hampir berakhir, kata Trump
INISIATIF PERTUKARAN BUKU MALAYSIA-QATAR PERKUKUH HUBUNGAN BUDAYA, PENDIDIKAN
EMPAT PREMIS JUDI DALAM TALIAN DI TAIPING DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK

IPOH,. Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan maut dipercayai ditikam ibu kandungnya dalam kejadian di Pantai Remis dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira 1 tengah hari, iaitu beberapa jam selepas bayi berkenaan dilahirkan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berumur 19 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan di rumahnya sebelum menghubungi teman lelaki untuk membantu menanam mayat bayi tersebut di belakang rumah.

“Kejadian ini terbongkar selepas suspek memaklumkan perkara tersebut kepada rakannya… rakannya yang rasa bersalah, membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan wanita itu dan teman lelakinya.

“Siasatan lanjut menemukan dua kesan tikaman pada dada bayi itu dipercayai menggunakan senjata tajam, dan senjata yang digunakan juga telah ditemukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini semalam.

Mohd Alwi berkata suspek dan teman lelakinya direman enam hari hingga 23 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, wanita itu juga akan menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengenal pasti keadaan kesihatan mentalnya.

— BERNAMA