GEMPA BUMI 7.2 MAGNITUD LANDA KEPULAUAN MALUKU, INDONESIA

HomeFeaturedBerita Semasa

GEMPA BUMI 7.2 MAGNITUD LANDA KEPULAUAN MALUKU, INDONESIA

JAKARTA,. Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda Kepulauan Maluku di timur Indonesia pada petang Sabtu, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan

Inisiatif bas sekolah percuma Sarawak: MIC saran kerajaan perluaskan seluruh negara
The complete beginner’s guide to cultural solutions
Akaun Simpanan AGROKorban-i, Pembukaan akaun serendah RM20 produk deposit patuh Syariah

JAKARTA,. Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda Kepulauan Maluku di timur Indonesia pada petang Sabtu, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Data yang disiarkan di laman sesawang agensi itu menunjukkan gempa bumi berkenaan berlaku pada 4.42 petang waktu Indonesia Barat, dengan pusat gempa terletak di perairan 43 kilometer barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya pada kedalaman 125 kilometer.

BMKG memaklumkan bahawa gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, namun menasihatkan penduduk supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.

— BERNAMA