LANGGAR PERINTAH GAJI MINIMUM 2024: 128 KERTAS SIASATAN DIBUKA, 46 KES DIDAKWA

HomeFeaturedBerita Semasa

LANGGAR PERINTAH GAJI MINIMUM 2024: 128 KERTAS SIASATAN DIBUKA, 46 KES DIDAKWA

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 128 kertas siasatan dibuka berhubung pelanggaran Perintah Gaji Minimum 2024, dengan 46 kes dibawa ke mahkamah yang membabitkan

Selat Hormuz hanya dibuka sepenuhnya jika AS terima syarat Iran – Ketua SNSC
Dana Inovasi Media 2.0 lonjak keupayaan digital syarikat media tempatan, pelihara kebajikan pekerja
PARTI GREEN UK TERIMA PAKAI PENDIRIAN ANTI-ZIONIS, ISYTIHAR ZIONISME SEBAGAI BENTUK PERKAUMAN

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 128 kertas siasatan dibuka berhubung pelanggaran Perintah Gaji Minimum 2024, dengan 46 kes dibawa ke mahkamah yang membabitkan denda berjumlah RM56,900.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara majikan didakwa ialah sebuah syarikat dalam sektor pembuatan dikenakan denda RM8,000 dan syarikat sektor perkhidmatan yang didenda RM24,000 kerana membayar gaji di bawah kadar minimum ditetapkan.

Beliau berkata sejak 1 Feb 2025 hingga 31 Ogos lepas, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) turut memeriksa 28,259 premis, dengan 204 majikan didapati gagal mematuhi perintah berkenaan.

“Notis pematuhan telah dikeluarkan kepada majikan berkenaan untuk tindakan pembetulan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang meminta kementerian menyatakan statistik tahap pematuhan majikan selepas pelaksanaan dasar gaji minimum RM1,700 serta langkah penguatkuasaan terhadap sektor perniagaan mikro di luar bandar yang berdepan peningkatan kos operasi.

Mengulas lanjut, Khairul Firdaus berkata JTK menerima sebanyak 264 aduan berkaitan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2024 dengan 233 aduan telah diselesaikan dan 185 aduan didapati berasas

“Bagi kes buruh pula, sebanyak 585 kes direkodkan. Sebanyak 477 kes telah diselesaikan dengan perintah pembayaran berjumlah RM894,646.73 dikeluarkan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan mengenai pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP), beliau berkata seramai 51,363 pekerja tempatan daripada 4,250 majikan telah menerima manfaat daripada dasar itu, sekali gus melepasi sasaran awal kerajaan melibatkan 50,000 pekerja.

— BERNAMA