Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun

HomeFeaturedBerita Semasa

Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun

KUALA LUMPUR,. Sasterawan Negara Datuk Seri Dr Abdul Samad Muhammad Said, atau lebih dikenali sebagai A Samad Said, meninggal dunia semalam pada usia

Gempa bumi magnitud 4.9 gegar Jepun termasuk Tokyo, tiada ancaman tsunami
Kerjasama AMEC, pihak berkuasa penting tangani isu salah guna perkhidmatan kurier
Krisis Asia Barat: KPT sedia tempatkan pelajar Malaysia terjejas di IPT tempatan

KUALA LUMPUR,. Sasterawan Negara Datuk Seri Dr Abdul Samad Muhammad Said, atau lebih dikenali sebagai A Samad Said, meninggal dunia semalam pada usia 91 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Helmy Abdul Samad, 63, ketika dihubungi BERNAMA memaklumkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 6.10 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

A Samad Said dimasukkan ke HKL petang kelmarin akibat sakit tua dan turut menghidap diabetes.

Tokoh yang dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka itu menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Beliau menghasilkan pelbagai karya merangkumi novel, cerpen, puisi, drama dan esei yang mengangkat pelbagai persoalan kehidupan serta realiti masyarakat.

Antara karya tersohor A Samad Said ialah novel Salina yang diterbitkan pada 1961 selain Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi.

— BERNAMA