Gempa bumi magnitud 4.9 gegar Jepun termasuk Tokyo, tiada ancaman tsunami

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi magnitud 4.9 gegar Jepun termasuk Tokyo, tiada ancaman tsunami

TOKYO,. Gempa bumi bermagnitud 4.9 melanda timur Jepun kira-kira 4.45 pagi Selasa, dengan gegaran mencatat intensiti 4 pada skala intensiti seismik Je

Visa masuk AS pemain Piala Dunia Iran sudah diluluskan – White House
Ketidaktentuan geopolitik peluang bagi ASEAN percepat pembaharuan penerbangan
Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva, Global Coalition for Social Justice

TOKYO,. Gempa bumi bermagnitud 4.9 melanda timur Jepun kira-kira 4.45 pagi Selasa, dengan gegaran mencatat intensiti 4 pada skala intensiti seismik Jepun di beberapa kawasan di wilayah Ibaraki dan Saitama berhampiran Tokyo, lapor Kyodo News memetik agensi cuaca negara itu.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, tiada ancaman tsunami susulan gempa berkenaan.

Japan Atomic Power Co. memaklumkan tiada sebarang keabnormalan dikesan di loji tenaga nuklear Tokai No. 2 di wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo.

Agensi itu berkata gempa berkenaan turut mencatat intensiti antara 1 hingga 3 di Tokyo serta wilayah Miyagi, Fukushima, Ibaraki, Tochigi, Gunma, Saitama, Chiba, Kanagawa, Niigata, Yamanashi, Nagano dan Shizuoka.

Gempa berpusat di bahagian selatan wilayah Ibaraki pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, menurut agensi berkenaan.

— BERNAMA-Kyodo