GAGAL PATAHKAN MOMENTUM THAILAND, MALAYSIA TERLEPAS EMAS – AHMAD JAIS

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

GAGAL PATAHKAN MOMENTUM THAILAND, MALAYSIA TERLEPAS EMAS – AHMAD JAIS

NAGOYA,. Kegagalan skuad sepak takraw negara mematahkan momentum Thailand yang tampil konsisten dalam serangan dan pertahanan antara faktor utama

Amanah Kedah sasar DUN Kuah, Bukit Kayu Hitam dan Bandar Baharu
TALENTCORP MYHEART GLOBAL CONNECT BAWA PAKAR GLOBAL MALAYSIA PULANG, PACU PELUANG BAKAT TEMPATAN
BWF lulus sistem kiraan mata baharu 3×15 mulai 2027

NAGOYA,. Kegagalan skuad sepak takraw negara mematahkan momentum Thailand yang tampil konsisten dalam serangan dan pertahanan antara faktor utama Malaysia terlepas peluang meraih emas acara regu Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, kata ketua jurulatih Ahmad Jais Baharun.

Beliau berkata Thailand mempamerkan permainan lebih kemas dan konsisten sepanjang perlawanan, sekali gus menyukarkan pemain negara mendapatkan rentak untuk mengubah momentum permainan.

“Kalau ikut dari segi prestasi yang mereka pamerkan, mereka melakukan serangan yang konsisten dan juga mempertahankan pertahanan yang baik.

“Jadi, kita tidak dapat menyekat untuk mematahkan momentum mereka. Itu garis pemisah antara pemain kita dan pasukan Thailand pada perlawanan pagi ini,” katanya selepas aksi final di sini hari ini.

Malaysia tewas 0-2 kepada Thailand menerusi keputusan 9-15, 8-15, sekali gus berpuas hati dengan pingat perak.

Ahmad Jais bagaimanapun menyifatkan pencapaian itu sebagai sesuatu yang baik, selain menganggap kekalahan berkenaan memberikan gambaran jelas mengenai kelemahan yang perlu diperbaiki pasukan.

“Yang paling penting, kita tahu kekurangan kita supaya kita dapat perbaiki dari masa ke semasa untuk kejohanan lain, insya-Allah,” katanya.

Kegagalan itu menyaksikan Malaysia tidak dapat melengkapkan misi emas berganda selepas terlebih dahulu merangkul kejuaraan acara regu berpasukan empat hari lepas.

Malaysia kali terakhir memenangi dua emas sepak takraw dalam satu edisi Sukan Asia pada 1990 di Beijing.

— BERNAMA