Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik

HomeFeaturedBerita Semasa

Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik

JAKARTA,. Indonesia akan terus menggunakan saluran diplomatik dan memberikan sokongan kemanusiaan kepada Gaza melalui Lembaga Keamanan (BoP), ketika p

Terengganu bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.983 bilion
Iran tawar jadi pengantara dalam rundingan Arab Saudi-Houthi
PAHANG RAIH KUTIPAN HASIL RM921.72 JUTA SETAKAT 26 OGOS – WAN ROSDY

JAKARTA,. Indonesia akan terus menggunakan saluran diplomatik dan memberikan sokongan kemanusiaan kepada Gaza melalui Lembaga Keamanan (BoP), ketika pertempuran semakin sengit di enklaf berkenaan.

Menteri Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata Presiden Prabowo Subianto telah menyampaikan pendirian Indonesia melalui saluran diplomatik, sambil menambah bahawa ia dilakukan “secara tertutup.”

Beliau menegaskan bahawa penglibatan Indonesia dalam platform berkenaan mencerminkan komitmen luas negara itu dalam menyokong usaha kemanusiaan untuk Gaza dan Palestin.

“Kami prihatin (mengenai serangan itu) dan kami akan terus berusaha, kerana itu adalah sebahagian daripada komitmen kami sebagai bangsa Indonesia untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin. Begitulah keadaannya,” katanya kepada pemberita pada Isnin. Video kenyataan beliau turut dikongsi secara dalam talian.

Pada 22 Jan lepas, Indonesia bersama beberapa negara lain termasuk Israel, menandatangani piagam BoP di Davos sempena Forum Ekonomi Dunia 2026 di Switzerland.

Antara penandatangan lain termasuk Hungary, Bahrain, Mesir, Jordan, Kazakhstan, Qatar, Arab Saudi dan Turkiye.

Mengenai gesaan Majlis Ulama Indonesia (MUI) supaya kerajaan mempertimbangkan semula penyertaannya atau menarik diri, Prasetyo berkata pihak kerajaan akan mengadakan dialog dengan badan itu dalam masa terdekat.

— BERNAMA