Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga

HomeFeaturedBerita Semasa

Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR,. Situasi cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapat lima kawasan di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap Satu).

MoF teliti potensi syarikat tempatan dalam projek kereta api RM10.7 bilion dengan China
Presiden Jerman tegaskan serangan AS-Israel terhadap Iran langgar undang‑undang antarabangsa
Sekurang-kurangnya 555 terkorban di Iran akibat serangan Israel-AS

KUALA LUMPUR,. Situasi cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapat lima kawasan di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap Satu).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terbabit ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

“Tahap berjaga-jaga: Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” menurut jabatan itu menerusi hantaran Facebook hari ini.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

–BERNAMA