Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga

HomeFeaturedBerita Semasa

Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR,. Situasi cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapat lima kawasan di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap Satu).

Gempa bumi bermagnitud 6.3 gegar Qinghai, 1 maut, 4 cedera
KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL SUSULAN OPERASI BNM
PENYU BELIMBING KEMBALI MENDARAT, BERTELUR DI PANTAI RANTAU ABANG

KUALA LUMPUR,. Situasi cuaca panas di Semenanjung Malaysia menunjukkan terdapat lima kawasan di Kedah berada pada tahap berjaga-jaga (Tahap Satu).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terbabit ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

“Tahap berjaga-jaga: Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” menurut jabatan itu menerusi hantaran Facebook hari ini.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

–BERNAMA