Harga diesel di Semenanjung naik 5 sen

HomeFeaturedBerita Semasa

Harga diesel di Semenanjung naik 5 sen

KUALA LUMPUR,. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 5 sen kepada RM3.04 seliter, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan

Bank Dunia turunkan unjuran pertumbuhan global 2026 kepada 2.5 peratus
Penyertaan Malaysia dalam BRICS mampu perkukuh kedudukan dalam ekonomi dunia
Perbelanjaan pelancongan domestik Malaysia meningkat kepada RM121.3 bilion tahun lepas

KUALA LUMPUR,. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 5 sen kepada RM3.04 seliter, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 26 Feb hingga 4 Mac ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 turut dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM3.15 seliter, manakala harga petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan 5 sen kepada RM2.59 seliter bagi tempoh sama.

MOF turut memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” katanya.

Selain itu, MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA