Penampilan khas Rodtang bakal gegar BSP Grand Prix Muay Thai 2026

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Penampilan khas Rodtang bakal gegar BSP Grand Prix Muay Thai 2026

KUALA LUMPUR,. Jaguh Muay Thai Thailand Rodtang Jitmuangnon bakal menjadi tarikan utama Kejohanan BSP Grand Prix Muaythai 2026 yang dijadual berlangsu

Songkran catat 581 kemalangan, 95 maut dalam 3 hari pertama
APMM PULAU PINANG TAHAN VESEL TEMPATAN, LANGGAR SYARAT SAH LESEN
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia anjur program promosi TMM2026

KUALA LUMPUR,. Jaguh Muay Thai Thailand Rodtang Jitmuangnon bakal menjadi tarikan utama Kejohanan BSP Grand Prix Muaythai 2026 yang dijadual berlangsung 28-29 Nov ini di sebuah pusat beli-belah di sini.

Pegawai Eksekutif Acara kejohanan, Mohammad Uwais Abdullah berkata kehadiran jaguh yang diberi julukan “The Iron Man” itu dijangka menarik perhatian peminat sukan berkenaan, walaupun beliau tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang pertarungan.

Beliau berkata Rodtang akan membuat penampilan khas pada kejohanan yang julung kali dianjurkan itu, selain memberikan sokongan kepada petarung dari Thailand, termasuk adik lelakinya Nong Ice dan adik iparnya Zafeeta Looksaikongdin.

“Rodtang akan membuat penampilan khas sahaja dan beliau hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukannya.

“Kita juga akan mengadakan sesi bertemu peminat bersama Rodtang pada kedua-dua hari kejohanan, bermula 4.30 hingga 6 petang,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata kejohanan itu dijangka menghimpunkan hampir 300 petarung, terdiri daripada 270 peserta amatur serta 28 atlet profesional dari beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand dan Algeria untuk merebut tujuh tali pinggang kejuaraan BSP (Battle Strength Performance ).

Mohammad Uwais berkata antara atlet tempatan dan antarabangsa yang dijangka menghangatkan saingan ialah Nidal JTT, Mie Pepsi, Rabiatul Adawiyah Mohd Yunus, Faris HFL dan Anes Redjdal, selain petarung BSP Muay Thai Studio, Irfan yang bakal membuat penampilan sulung dalam kategori profesional.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak penganjur menyasarkan kehadiran 800 penonton bagi tempat duduk biasa, selain menyediakan kira-kira 30 meja untuk tetamu kenamaan dan tetamu kehormat.

“Setakat ini, sambutan penjualan tiket agak memberangsangkan sejak hebahan mengenai kejohanan dibuat dan sudah tentu kita berharap dapat memenuhi kapasiti tempat duduk yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata pemilihan venue di Hextar World @ Empire City, Damansara Perdana yang turut menyediakan kemudahan penginapan dalam kawasan pembangunan sama dijangka memberi keselesaan kepada peminat dari luar Lembah Klang yang mahu menyaksikan kejohanan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tiket di https://www.ticket2u.com.my/event/53038.

— BERNAMA