Pezeshkian gesa komuniti antarabangsa kecam jenayah AS-Israel

HomeFeaturedBerita Semasa

Pezeshkian gesa komuniti antarabangsa kecam jenayah AS-Israel

TEHRAN,. Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan keperluan komuniti antarabangsa untuk mengecam apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan jenayah

AS kembalikan sekatan terhadap Pelapor Khas PBB
224,559 masyarakat Orang Asli terus terima manfaat inisiatif kerajaan – JAKOA
Titah tegas Agong warnai minggu pertama sidang Dewan Rakyat

TEHRAN,. Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan keperluan komuniti antarabangsa untuk mengecam apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan jenayah oleh Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel terhadap Iran di forum antarabangsa, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Presiden Pezeshkian menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin lewat Selasa bagi membincangkan kerjasama dua hala serta perkembangan terkini di rantau berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Rusia atas pendirian yang menyokong Iran.

Pezeshkian merujuk kepada serangan terbaru oleh AS dan rejim Israel yang menurutnya menyasarkan infrastruktur awam serta orang awam dan menegaskan yang komuniti antarabangsa perlu mengecam tindakan itu di forum antarabangsa.

Kedua-dua presiden juga bertukar pandangan mengenai isu berkepentingan bersama serta menekankan kepentingan meneruskan rundingan dan penyelarasan antara Tehran dan Moscow pada peringkat tertinggi.

–BERNAMA-MNA