PM Merafak sembah tahniah ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

HomeFeaturedBerita Semasa

PM Merafak sembah tahniah ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ib

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 7 malam ini
WHO sahkan tujuh kes hantavirus di MV Hondius
Bursa dibuka rendah pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menitipkan doa agar Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

“Allah Peliharakan Sultan,” kata Anwar.