Gempa bumi 4.6 skala Richter berhampiran ibu negara Iran

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi 4.6 skala Richter berhampiran ibu negara Iran

ISTANBUL,. Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda Iran berhampiran bandar Pardis di timur Tehran lewat Selasa, menurut Pusat Seismologi I

Diplomasi diraja bawa kembali F1 ke Sepang selepas sembilan tahun
RUNDINGAN PUSINGAN PERTAMA FTA MALAYSIA-BANGLADESH DIJADUAL BERLANGSUNG PADA AKHIR OKTOBER DEPAN
Teknologi AI, IOT perkukuh pengurusan Air Selangor – Pakar

ISTANBUL,. Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda Iran berhampiran bandar Pardis di timur Tehran lewat Selasa, menurut Pusat Seismologi Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Pusat itu dalam laporan awal memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada 2016 GMT pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa dikenal pasti berhampiran sempadan wilayah Tehran-Mazandaran, kira-kira 41 kilometer dari Tehran dan 77 kilometer dari Karaj.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar termasuk bahagian timur wilayah Tehran dan bandar berhampiran di wilayah Mazandaran.

Setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan.

–BERNAMA