Suspek kurung, liwat remaja 14 tahun pernah disabitkan kes rompak dan rogol

HomeFeaturedJenayah

Suspek kurung, liwat remaja 14 tahun pernah disabitkan kes rompak dan rogol

SHAH ALAM,. Lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Pangsapuri di Bukit Kemuning, Se

Larangan media sosial terhadap kanak-kanak tidak mencukupi, platform perlu berubah – Pakar
Belanjawan 2027: MITI perluas pasaran, perkukuh prestasi eksport Malaysia
400,000 murid duduki Matriks Pembelajaran Tahun Empat Oktober ini

SHAH ALAM,. Lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32 di sini mempunyai rekod merogol, merompak dan mengurung seorang wanita 18 tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata suspek yang kini sedang diburu telah disabitkan kesalahan itu dan dipenjarakan pada 2008.

“Semakan telah dilakukan, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dinyatakan dan telah menerima hukuman jenayah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Ramsay berkata suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan untuk membelanja pakej Internet telefon bimbit jika membantu mengangkat barang di rumahnya.

Beliau berkata remaja itu disyaki diliwat selepas kaki dan tangannya diikat sebelum mangsa dapat membuka ikatan dan menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik semasa ditinggalkan berseorangan di rumah itu.

–BERNAMA