Australia Selatan dilanda cuaca kering berdepan ancaman kebakaran belukar

Australia Selatan dilanda cuaca kering berdepan ancaman kebakaran belukar

CANBERRA,. Perkhidmatan Bomba Negeri (CFS) memberi amaran bahawa Australia Selatan (SA) akan dilanda cuaca kering dan tidak bersedia untuk berdepan ramalan kebakaran belukar yang lebih buruk, lapor agensi berita Xinhua.

Penolong ketua pegawai CFS di SA Brenton Eden berkata kepada News Corp Australia gelombang panas dijangka berlaku pada Jumaat dan Isnin.

Keadaan itu berlaku seminggu selepas hampir 200 kawasan belukar terbakar di seluruh negeri, ketika suhu mencatat rekod tertinggi, meragut dua nyawa dan memusnahkan lebih 80 buah rumah.

Eden berkata penduduk di kawasan paling teruk terjejas iaitu Pulau Kangaroo dan Adelaide Hills, memaklumkan kepada pihak CFS mereka tidak bersedia untuk menghadapi keadaan itu.

“Orang ramai tidak bersedia dari segi emosi atau fizikal untuk menghadapi keadaan itu yang memerlukan mereka bertindak pantas,” kata Eden.

“Mereka hilang arah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan dan kerana itu kita melihat ramai yang cedera dan keadaan menjadi lebih buruk.”

Eden berkata keadaan di Adelaide Hills dan di Pulau Kangaroo paling teruk terjejas, menyaksikan lebih 42,000 hektar tanah terbakar.

“Pada hari ini, kami melihat kebakaran di seluruh SA, Victoria dan New South Wales yang tidak pernah kami lihat dan lalui sebelum ini untuk satu jangka masa yang lama,” kata Eden.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )