Gempa bumi 6.2 skala Richter landa Hokkaido, tiada amaran tsunami dikeluarkan

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi 6.2 skala Richter landa Hokkaido, tiada amaran tsunami dikeluarkan

TOKYO,. Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Hokkaido, Jepun pada Isnin, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteoro

Mbappe cipta sejarah raih Kasut Emas dua kali berturut-turut, Sepanyol bolot anugerah Piala Dunia
Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15
Malaysia sambut baik minat Embraer teroka peluang di Malaysia, buka operasi pemasangan – Johari

TOKYO,. Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Hokkaido, Jepun pada Isnin, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Kyodo News melaporkan gempa pada 5.24 pagi itu mencatatkan bacaan 5 atas pada skala keamatan seismik Jepun daripada 7 di wilayah Tokachi, pulau utama utara Jepun, dan berlaku pada kedalaman kira-kira 83 kilometer.

Tiada laporan segera mengenai kecederaan.

Bacaan 5 atas digambarkan sebagai tahap yang menyebabkan orang ramai sukar berjalan tanpa berpaut pada sesuatu.

Menurut Hokkaido Electric Power Co., tiada sebarang insiden dikesan di loji tenaga nuklear Tomari.

Gempa berlaku ketika JMA mengeluarkan nasihat selama seminggu mengenai peningkatan risiko gempa bumi kuat, susulan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aomori di timur laut Jepun seminggu sebelumnya.

Hokkaido adalah antara tujuh kawasan yang dinasihatkan supaya berwaspada.

–BERNAMA-KYODO