Rakyat Malaysia di Arab Saudi dilaporkan selamat susulan perkembangan terkini – Wisma Putra

HomeFeaturedBerita Semasa

Rakyat Malaysia di Arab Saudi dilaporkan selamat susulan perkembangan terkini – Wisma Putra

KUALA LUMPUR,. Semua rakyat Malaysia termasuk jemaah dilaporkan selamat dan keberadaan mereka dapat dipastikan, tanpa laporan mengenai rakyat Malaysia

KKDW: RM4 BILION SETAHUN DIPERLUKAN UNTUK PASTIKAN KESINAMBUNGAN PROJEK JALAN LUAR BANDAR
Gempa bumi magnitud 6.1 landa perairan Mie, Jepun
Tuanku Muhriz ingatkan pemegang jawatan tinggi bertindak ikut fakta, undang-undang

KUALA LUMPUR,. Semua rakyat Malaysia termasuk jemaah dilaporkan selamat dan keberadaan mereka dapat dipastikan, tanpa laporan mengenai rakyat Malaysia yang terkandas atau sebarang gangguan penerbangan susulan perkembangan terkini di Arab Saudi.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan pihaknya terus memantau rapat perkembangan di Arab Saudi, manakala Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah kekal berhubung rapat dengan rakyat Malaysia dan jemaah.

“Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Arab Saudi dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar digesa untuk mendaftar menerusi e-Konsular,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut boleh menghubungi Konsulat Jeneral menerusi talian +966 12 672 7740 dan +966 12 672 8019 atau melalui e-mel di [email protected].

Sementara itu, Malaysia turut memuji tindakan pantas dan berkesan yang diambil pihak berkuasa Arab Saudi dalam memastikan keamanan dan keselamatan Makkah, penduduk, pengunjung serta jemaah.

“Walaupun beberapa amaran keselamatan dikeluarkan di peringkat tempatan, kehidupan harian dan aktiviti ibadah jemaah diteruskan seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

Sistem pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan kumpulan Houthi berhampiran Makkah pada Selasa ketika ketegangan dengan kumpulan itu meningkat, menurut laporan media antarabangsa.

— BERNAMA