RTM, Unifi TV penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

RTM, Unifi TV penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia

KUALA LUMPUR,. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia dalam usaha kerajaan untuk me

Hannah sahkan Kim Swee disaran FAM dilantik Pengarah Teknikal AMD
WHO lulus rawatan malaria pertama untuk bayi
FIFA perkenal cincin kejuaraan untuk pemenang Piala Dunia

KUALA LUMPUR,. Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia dalam usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menonton kejohanan itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata keputusan itu dibuat melalui kerjasama dengan sektor swasta bagi menjamin penyiaran berkualiti tinggi serta capaian meluas kepada penonton di seluruh negara.

Beliau berkata kejohanan itu akan disiarkan di pelbagai platform termasuk siaran percuma melalui MyTV serta platform OTT (platform penstriman) menerusi RTM Klik dan Unifi TV bagi memastikan akses menyeluruh.

“Liputan menyeluruh merangkumi kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda. Ini memberikan kepelbagaian pilihan tontonan kepada peminat,” katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri ,di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Shukri Ishak serta Ketua Pengarah RTM Ashwad Ismail.

–BERNAMA