Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

HomeFeaturedBusiness

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama hari ini, namun susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)

Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak banyak berubah pada pagi ini
Ringgit diniagakan lebih tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama hari ini, namun susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas data inflasi negara maju itu menunjukkan penyederhanaan.

Pada jam 8 pagi, ringgit susut kepada 4.0850/0950 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0875 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menyederhana kepada 3.4 peratus pada Julai daripada 3.5 peratus pada bulan sebelumnya.

“Bacaan itu sejajar dengan anggaran konsensus. Hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun susut di bawah paras 4.70 peratus, menunjukkan premium inflasi yang menyederhana.

“Hasil bon dua tahun pula rendah satu mata asas kepada 4.20 peratus, sekali gus membayangkan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, ketidakpastian mengenai pembukaan semula Selat Hormuz masih berterusan dan keadaan itu berpotensi meningkatkan semula risiko inflasi.

“Oleh itu, ringgit masih berpotensi memperlihatkan prestasi baik hari ini. Kami menjangkakan ringgit bergerak dalam lingkungan RM4.07 hingga RM4.09 berbanding dolar AS hari ini,” katanya.

Pada pembukaan dagangan, mata wang tempatan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5637/5701 daripada 2.5655/5682 ketika ditutup pada Rabu.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding euro kepada 4.7092/7207 daripada 4.7107/7153 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5135/5270 daripada 5.5180/5234 sebelumnya.

Berbanding mata wang serantau, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3418/3791 daripada 12.3488/3665 pada Rabu, tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1912/1992 daripada 3.1905/1941.

Mata wang tempatan mencatat sedikit perubahan berbanding rupiah Indonesia pada 228.5/229.1 daripada 228.4/228.7 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.67/6.69.

— BERNAMA