Sultan Perak perkenan belia diberi penghormatan baca khutbah Jumaat esok

HomeFeaturedBerita Semasa

Sultan Perak perkenan belia diberi penghormatan baca khutbah Jumaat esok

IPOH,. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri esok bersempe

SINGAPURA, HONG KONG PERBAHARUI KERJASAMA TINGKAT KESELAMATAN, DAYA TAHAN TENAGA
MCMC sokong RTS Link menerusi penyediaan infrastruktur komunikasi kukuh
Rasa ASEAN: Hotel Sunway Putra Mempersembahkan “Santapan Ramadan Serantau 2026”

IPOH,. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri esok bersempena sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin bertitah sedemikian bagi menghargai dan mengiktiraf peranan penting belia di negara ini.

Beliau berkata Sultan Nazrin juga menitahkan khutbah Jumaat di Perak esok bertemakan belia dengan tajuk “Belia: Tenaga Penggerak Kemajuan Negara”.

“Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 94 nama pemimpin belia yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk membaca khutbah di masjid dan surau diri Jumaat negeri Perak pada 8 Mei 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin belia yang akan terlibat membaca khutbah Jumaat esok termasuklah daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Daerah, Kelab Rakan Muda dan kelab belia.

–BERNAMA