VitaHealth diiktiraf oleh Malaysia Book of Records

HomeFeaturedBerita Semasa

VitaHealth diiktiraf oleh Malaysia Book of Records

SHAH ALAM,. VitaHealth telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian Jualan Terbanyak Suplemen Berasaskan Kunyit dalam Tempoh Setahun,

Kes bunuh Kevin Morais: Bekas patologi fail permohonan semak semula hukuman mati
KKM lancar NSFIRM, garis panduan postvention perkukuh usaha pencegahan bunuh diri
Kerajaan kaji potensi teknologi nyahgaram air laut untuk industri, pusat data – PETRA

SHAH ALAM,. VitaHealth telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian Jualan Terbanyak Suplemen Berasaskan Kunyit dalam Tempoh Setahun, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama terkemuka dalam penjagaan kesihatan antiradang semula jadi di Malaysia.

Pengiktirafan tersebut telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth Malaysia & Singapura Dr KS Beh pada satu majlis penyampaian sijil di sini, baru-baru ini dan turut dihadiri duta jenama iaitu pemain badminton Malaysia Pearly Tan.

Pencapaian itu menandakan satu detik penting dalam perjalanan selama sedekad VitaHealth membangunkan rangkaian suplemen kunyit utamanya.

Menurut Dr Beh, kejayaan jenama tersebut didorong oleh usaha pendidikan pengguna selama bertahun-tahun serta inisiatif meningkatkan kesedaran mengenai manfaat kesihatan kunyit.

“Ketika kami melancarkan Turmercare, kami sebenarnya bermula dari kosong. Kami menghabiskan bertahun-tahun mendekati masyarakat, mendidik orang ramai dan membina kepercayaan. Pengiktirafan ini milik rakyat Malaysia yang memilih untuk mempercayai kami dan ia mengukuhkan komitmen kami terhadap kualiti serta keselamatan,” katanya.

Turmercare mula diperkenalkan di farmasi pada tahun 2014 ketika tahap kesedaran awam terhadap manfaat kunyit yang disokong secara klinikal masih terhad.

Sejak itu, VitaHealth telah memperluaskan rangkaian tersebut kepada lapan suplemen khusus yang direka untuk menyokong pelbagai keperluan kesihatan dan gaya hidup.

Suplemen tersebut memanfaatkan sifat antiradang semula jadi kunyit bagi membantu menangani masalah seperti sakit sendi, lenguh otot, sistem imun yang lemah serta ketidakselesaan penghadaman.

Dr Beh berkata syarikat itu akan terus berinovasi dalam rangkaian produk kunyitnya di samping memperluaskan penawaran kesejahteraan yang lebih menyeluruh.

“Pada masa akan datang, kami akan terus berinovasi dalam siri kunyit dan juga produk lain supaya lebih ramai dapat kekal aktif, meniti usia dengan sihat dan menjalani kehidupan dengan lebih gembira,” tambah beliau.

Dengan lebih 79 tahun kepakaran, VitaHealth menawarkan pelbagai suplemen halal yang diperakui JAKIM bagi memenuhi keperluan kesihatan dan peringkat kehidupan berbeza. Syarikat itu memaklumkan bahawa setiap formulasi dihasilkan menerusi kawalan kualiti yang ketat, daripada pemilihan bahan mentah sehingga produk siap.

Bagi memeriahkan lagi sambutan dan meraikan Hari Ibu, VitaHealth turut melancarkan sebuah video khas menampilkan Pearly bersama ibunya sebagai penghargaan kepada golongan ibu serta peranan kesejahteraan dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.