Pemilikan kenderaan Aurus Senat oleh Agong lambang persahabatan kukuh Malaysia-Rusia

HomeFeaturedBerita Semasa

Pemilikan kenderaan Aurus Senat oleh Agong lambang persahabatan kukuh Malaysia-Rusia

KUALA LUMPUR,. Pemilikan limosin Aurus Senat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disifatkan sebagai satu penghormatan istimewa yang melambangkan

KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST PLATFORM USAHAWAN PERLUAS PASARAN PRODUK – Wan Rosdy
PADANG, INDONESIA DILANDA BANJIR, RATUSAN ISI RUMAH TERJEJAS
Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 14 hakim

KUALA LUMPUR,. Pemilikan limosin Aurus Senat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disifatkan sebagai satu penghormatan istimewa yang melambangkan hubungan erat serta persahabatan kukuh antara Malaysia dengan Rusia.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Aurus ialah jenama kenderaan rasmi kepimpinan tertinggi negara itu dan sering digunakan oleh Presiden Rusia Vladimir V Putin dalam acara rasmi negara serta majlis diplomatik penting.

Model berkenaan juga jarang dimiliki di luar persekutuan itu dan tidak dieksport secara meluas ke pasaran antarabangsa.

“Aurus terkenal dengan gabungan teknologi moden serta ciri keselamatan bertaraf tinggi,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Muzium Garaj Khas yang menempatkan himpunan lebih 50 kereta dan motosikal di Moscow pada Ahad.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ke Muzium Garaj Khas disambut oleh Timbalan Menteri Pertama Industri dan Perdagangan Persekutuan Rusia Kirill Alekseevich Lysogorsky, Pengarah Muzium Belikov AV, dan Ketua Pegawai Eksekutif NAMI Nazarov FL.

Pada lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai koleksi yang dipamerkan di muzium itu.

Majlis serahan Limosin Aurus Senat milik Seri Paduka Baginda turut berlangsung di muzium berkenaan.

Sultan Ibrahim berangkat ke Moscow pada Rabu lepas atas undangan khas kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan.

–BERNAMA