KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST PLATFORM USAHAWAN PERLUAS PASARAN PRODUK – Wan Rosdy

HomeFeaturedBerita Semasa

KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST PLATFORM USAHAWAN PERLUAS PASARAN PRODUK – Wan Rosdy

KUANTAN,. Karnival Aspirasi Pahang 1st menjadi platform melonjakkan usahawan tempatan menerusi peluang mempromosikan produk, meluaskan pasaran dan mem

Sarang ?elacuran ?arga ?sing ?isebu JIM
Data peribadi 70,000 penduduk di Singapura bocor dalam persekitaran awan kendalian IBM
‘Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto’ – Najib

KUANTAN,. Karnival Aspirasi Pahang 1st menjadi platform melonjakkan usahawan tempatan menerusi peluang mempromosikan produk, meluaskan pasaran dan membina rangkaian perniagaan, sekali gus memperkukuh peranan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam ekonomi negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri komited untuk terus memperkasakan golongan usahawan, khususnya PMKS yang berperanan penting dalam menjana ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Penganjuran karnival itu yang menggabungkan Karnival Usahawan Pahang 1st, menurut beliau juga menyediakan ruang kepada usahawan untuk memperkenalkan produk serta meneroka peluang perniagaan baharu.

“Kita sedar usahawan PMKS memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi serta menyediakan peluang pekerjaan, sebab itu mereka perlu diberikan ruang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival itu di sini hari ini.

Wan Rosdy yang juga Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan berkata usahawan perlu sentiasa bersedia menghadapi perubahan dengan memastikan kualiti produk, menambah baik perkhidmatan serta meneroka peluang baharu bagi memastikan perniagaan mereka terus berkembang.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyokong produk tempatan bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan dan seterusnya meningkatkan pendapatan.

Majlis itu juga melibatkan penyampaian bantuan keusahawanan di bawah SME Corp Malaysia berjumlah RM305,000 menerusi dua program utama.

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) menyediakan bantuan RM15,000 kepada tujuh penerima manakala Dana Pemangkin Penskalaan PKS menyalurkan RM100,000 kepada dua syarikat terpilih di Zon Timur.

Wan Rosdy berharap bantuan itu dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi memperkukuh operasi dan mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi selain menasihati usahawan muda supaya berani memulakan perniagaan serta bersedia menimba ilmu dan pengalaman.

Karnival tiga hari itu melibatkan pembukaan gerai jualan usahawan tempatan serta penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri dan sukan rakyat serta pertandingan kuih tradisional.

— BERNAMA