Bursa dibuka tinggi pada awalnya kembali menyusut aktiviti pengambilan untung

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada awalnya kembali menyusut aktiviti pengambilan untung

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat sebelum bergerak rendah kemudiannya, meskipun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman

Bursa dibuka rendah pada awal dagangan hari ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka rendah pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat sebelum bergerak rendah kemudiannya, meskipun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman apabila pelabur mengambil keuntungan dan kekal berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026 Malaysia hari ini.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.15 mata kepada 1,745.43 berbanding 1,745.58 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 2.11 mata lebih tinggi kepada 1,747.69.

Dalam pasaran secara keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 195 berbanding 190, manakala 342 kaunter tidak berubah, 2,011 tidak diniagakan dan 47 kaunter lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan mencecah 266.94 juta saham bernilai RM16.72 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street mencatat sesi dagangan semalaman yang kukuh dengan Nasdaq dan S&P 500 mencapai paras tertinggi baharu, manakala Dow Jones Industrial Average ditutup melepasi paras 50,000 mata.

Katanya, prestasi itu didorong oleh pendapatan korporat yang memberangsangkan selain pertemuan produktif antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping.

Beliau berkata, peniaga sebahagian besarnya masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan tumpuan pasaran terarah kepada perkembangan susulan pertemuan Trump-Xi dalam beberapa hari akan datang.

“Walaupun aktiviti dagangan agak perlahan, kami percaya minat terhadap saham permodalan kecil semakin meningkat.

“Oleh itu, kami menjangka indeks diniagakan dalam julat 1,740 hingga 1,760 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM11.18, Public Bank meningkat enam sen kepada RM4.89, CIMB naik tiga sen kepada RM7.93 dan Tenaga Nasional menambah 16 sen kepada RM14.64.

Bagaimanapun, IHH Healthcare susut lima sen kepada RM8.97.

Bagi saham aktif, AirAsia turun tiga sen kepada RM1.19, Nationgate meningkat dua sen kepada 89 sen dan Genetec menambah 3.5 sen kepada 36.5 sen.

EG Industries pula susut dua sen kepada RM1.47 manakala HHRG kekal pada lapan sen.

Antara kaunter paling untung, Malaysian Pacific melonjak RM1.26 kepada RM45.50, UMS Integration naik 61 sen kepada RM9.59, Fraser & Neave menambah 30 sen kepada RM29.00 dan MKH meningkat 18 sen kepada RM1.31.

Bagi kaunter paling rugi, Nestle merosot RM1.10 kepada RM101.30, Petronas Dagangan turun 64 sen kepada RM20.74, Gas Malaysia susut 14 sen kepada RM5.30 manakala Kelington dan SD Guthrie masing-masing berkurangan 13 sen kepada RM7.17 dan RM5.85.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 0.69 mata kepada 12,932.19, Indeks FBM Top 100 turun 1.92 mata kepada 12,766.22 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 25.59 mata kepada 12,870.09.

Indeks FBM Mid 70 pula berkurangan 6.67 mata kepada 18,530.44 manakala Indeks FBM ACE turun 5.61 mata kepada 4,777.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 67.26 mata kepada 20,318.32, namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.16 mata kepada 201.10.

Indeks Tenaga pula susut 3.24 mata kepada 796.54 manakala Indeks Perladangan merosot 59.72 mata kepada 8,612.11.

–BERNAMA