Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh harga minyak rendah, hasil Perbendaharaan Amerika Syarika

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka rendah pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi menyusut kembali selepas aktiviti pengambilan untung

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh harga minyak rendah, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang menurun dan data pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan menggalakkan aktiviti belian saham pada harga rendah selepas indeks ditutup rendah 0.26 peratus semalam, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.11 mata atau 0.06 peratus kepada 1,675.85 daripada 1,674.74 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka tinggi 1.98 mata kepada 1,676.72.

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 276 berbanding 111 manakala 281 kaunter tidak berubah, 2,198 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 219.07 juta saham bernilai RM104.76 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata hasil bon Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun menyusut di bawah paras lima peratus kepada 4.93 peratus manakala minyak mentah Brent menurun kira-kira satu peratus kepada US$103-104 setong.

Harga minyak ditutup rendah pada Khamis selepas pelabur mengambil kira gangguan bekalan berikutan serangan oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran di Arab Saudi dan Yemen berbanding laporan tambahan minyak mentah Arab Saudi ke pasaran global.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 0.71 peratus kepada US$104.08 setong.

Thong berkata beliau menjangka indeks petunjuk pasaran kekal dalam fasa konsolidasi walaupun hasil dan harga minyak yang rendah boleh menggalakkan aktiviti belian saham pada harga rendah yang terpilih.

“FBM KLCI dijangka diniagakan antara 1,670 dan 1,685 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB, masing-masing menurun dua sen kepada RM10.34 dan RM7.67, IHH Healthcare merosot enam sen kepada RM7.63. Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.81 dan Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM13.34.

Bagi saham aktif, AirAsia menurun 2.5 sen kepada 48 sen, FSBM berkurangan 3.5 sen kepada tujuh sen manakala Jaks Resources, Kinergy Advancement dan Zetrix AI, masing-masing mendatar pada 14 sen, 40 sen dan 24.5 sen.

Kaunter paling untung ialah Malaysian Pacific Industries meningkat RM1.20 kepada RM41.22, MN Holdings naik 11 sen kepada RM3.63, Pentamaster, MI Technovation dan Sunway Construction, masing-masing menambah 10 sen kepada RM5.32, RM5.69 dan RM7.22.

Kaunter paling rugi termasuklah Petronas Dagangan menurun 30 sen kepada RM20.78, Nestle merosot 12 sen kepada RM90.40, Chin Teck Plantations dan Fraser & Neave, masing-masing berkurangan enam sen kepada RM10.20 dan RM22.80 serta SD Guthrie menyusut lima sen kepada RM6.25.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 17.56 mata kepada 12,432.39 dan Indeks FBM Top 100 naik 14.81 mata kepada 12,233.76.

Indeks FBM Mid 70 meningkat 50.16 mata kepada 17,657.39, Indeks FBM ACE naik 28.49 mata kepada 5,224.94 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 28.84 mata kepada 12,302.71.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.71 mata kepada 185.57 dan Indeks Tenaga menambah 2.36 mata kepada 817.50.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 14.36 mata kepada 19,521.55 dan Indeks Perladangan merosot 12.47 mata kepada 9,494.81.

— BERNAMA