CHINA TOLAK DRAF RESOLUSI LANJUT MANDAT PANEL PAKAR SEKATAN IRAN

HomeFeaturedBerita Semasa

CHINA TOLAK DRAF RESOLUSI LANJUT MANDAT PANEL PAKAR SEKATAN IRAN

NEW YORK,. China mengundi menentang draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk melanjutkan mandat Panel Pakar yang

METTE-MARIT DINAMAKAN PERMAISURI NORWAY, HAAKON NAIKI TAKHTA SEBAGAI RAJA
9 ways beauty essentials can make you rich
AGC arah PDRM segera lengkapkan siasatan kematian pemandu lori dalam tahanan

NEW YORK,. China mengundi menentang draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk melanjutkan mandat Panel Pakar yang menyokong Jawatankuasa Sekatan Iran 1737 pada Khamis.

Draf resolusi yang dirangka Amerika Syarikat (AS) itu gagal diluluskan selepas memperoleh 11 undi menyokong, dua menentang dan dua berkecuali.

Rusia dan China, yang merupakan anggota tetap UNSC, mengundi menentang draf resolusi itu.

Selepas pengundian terhadap draf resolusi untuk melanjutkan mandat Panel Pakar yang menyokong Jawatankuasa Sekatan Iran 1737, Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata UNSC perlu menunjukkan kepimpinan melalui tindakan yang bertanggungjawab, selain mengelakkan amalan dwistandard, manipulasi politik dan konfrontasi.

“China menekankan penyelesaian politik dan diplomatik terhadap isu nuklear Iran, maka mengundi menentang draf resolusi berkenaan.

“Resolusi 2231 mengenai perjanjian komprehensif isu nuklear Iran telah tamat pada 18 Oktober 2025 dan UNSC sudah pun menghentikan perbahasan mengenai isu nuklear Iran,” kata Fu.

“Oleh itu, mengemukakan draf resolusi penuh kontroversi yang bertujuan memulihkan sekatan terhadap Iran tanpa mengambil kira fakta berkenaan hanya akan menjejaskan kesatuan dan kredibiliti UNSC serta menimbulkan halangan kepada usaha diplomatik,” katanya.

— BERNAMA-CMG