Hazard pulang tepat pada masanya – Zidane

Hazard pulang tepat pada masanya – Zidane

MADRID,. Kepulangan Eden Hazard nyata tepat pada masanya menjelang minggu penting Real Madrid, namun menyesuaikan pemain itu dengan pasukan bukan tugas mudah buat Zinedine Zidane.

Real akan menentang Levante awal pagi Ahad ini yang juga permulaan tempoh lapan hari, diteruskan dengan menanti Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara dan diakhiri berdepan Barcelona di Santiago Bernabeu.

Hazard membuat penampilan pertama sejak 27 November menentang Celta Vigo hujung minggu lalu dan dia beraksi baik, mendapatkan penalti pada babak kedua dan memberikan harapan dia akan kembali mendapat sentuhan tajam apabila kembali daripada kecederaan pada September.

“Kami gembira menerimanya kembali dengan apa dilakukannya sepanjang 70 minit – kami tahu apa yang boleh diberikannya kepada kami,” kata Zidane.

“Dia bermain lebih lama daripada jangkaan kerana selepas tiga bulan tidak bermain, kami tidak mahu terlalu membebankannya.

“Dia membawa banyak naluri serangan, terutama untuk gol kedua, jadi kami gembira dia kembali bersama kami.” – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This