
Ketahanan Bursa Tidak Terjejas Besar oleh Faktor Luar – Abdul Wahid
KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dijangka terus berfungsi dengan baik meskipun dasar perdagangan global, termasuk tarif baharu AS, memberi tekanan kepada pasaran serantau, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Menurut beliau, walaupun faktor luaran tidak dapat dielakkan, kekuatan asas ekonomi negara serta kesiapsiagaan syarikat tersenarai tempatan membolehkan pasaran saham Malaysia kekal stabil dan berdaya saing.
“Ketidaktentuan akan tetap wujud, tetapi kita tidak bergantung sepenuhnya kepada faktor luar. Apa yang penting adalah strategi syarikat dan keberkesanan pengurusan mereka,” ujarnya.
Tambah beliau, sektor elektronik mungkin sedikit terkesan, tetapi secara keseluruhan impaknya masih terkawal kerana banyak pengecualian tarif masih berkuat kuasa.