Fadillah zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

HomeFeaturedBerita Semasa

Fadillah zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

KUALA LUMPUR,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merafak sembah dan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Ulan

Pelabur China berminat bawa pelaburan aluminium berskala besar ke Sarawak – Ahmad Zahid
PLUS lancar pelan hala tuju lima tahun bina rangkaian lebuh raya pintar dan mampan
Kerajaan sentiasa tambah baik jaringan SARA usaha bantu rakyat

KUALA LUMPUR,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merafak sembah dan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

Fadillah menerusi hantaran di Facebook berkata beliau bersama seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Seri Paduka Baginda dan seluruh kerabat diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Semoga Duli Tuanku terus kekal qarar bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kemuliaan serta memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh hikmah, adil dan bijaksana,” menurut hantaran itu.

SUMBER;

–BERNAMA