47 maut, lebih 346,000 terjejas selepas gempa kuat di selatan Filipina

HomeFeaturedBerita Semasa

47 maut, lebih 346,000 terjejas selepas gempa kuat di selatan Filipina

MANILA,. Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh, 31 hilang dan 688 cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda pantai selatan Mindanao, Fil

Era AS subsidi pertahanan “negara kaya” sudah berakhir, kata Hegseth
PEMIMPIN ASEAN BINCANG LANGKAH KURANGKAN IMPAK BENCANA
KPDN lancar aplikasi ez-TTPM, perkukuh akses aduan lebih mudah kepada pengguna

MANILA,. Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh, 31 hilang dan 688 cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda pantai selatan Mindanao, Filipina, pada Isnin, menurut Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Khamis, lapor Xinhua.

Menurut NDRRMC, gempa bumi itu menjejaskan lebih 75,300 isi rumah atau lebih 346,000 orang dan lebih 45,000 penduduk terjejas kehilangan tempat tinggal dengan lebih 12,600 rumah mengalami kerosakan.

Gempa bumi itu turut mencetuskan 45 kejadian berkaitan terutamanya tanah runtuh.

Badan itu menambah gempa bumi menjejaskan operasi 45 bahagian jalan, lapan bahagian jambatan, satu lapangan terbang dan dua pelabuhan laut serta industri pertanian, penternakan dan perikanan.

Perkhidmatan tenaga terjejas di 48 bandar dan majlis perbandaran.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina memaklumkan gempa bumi tektonik itu berlaku pada 7:37 pagi waktu tempatan pada kedalaman 33 kilometer (km) dengan pusat gempa 32 km barat daya pantai bandar Maasim di wilayah Sarangani di Pulau Mindanao.

SUMBER;

–BERNAMA-Xinhua