Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 1 tengah hari – MetMalaysia

HomeFeaturedBerita Semasa

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 1 tengah hari – MetMalaysia

KUALA LUMPUR,. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Jemaah Menteri setuju pindaan AUKU dibentang di Parlimen Disember ini – Fahmi
AS kembalikan sekatan terhadap Pelapor Khas PBB
MAPIM LANCAR KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK GAZA 2026, SASAR DANA RM5 JUTA

KUALA LUMPUR,. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung serta Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada 8.35 pagi memaklumkan kawasan yang terjejas di Semenanjung merangkumi Perlis dan Melaka selain Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Setar di Kedah.

Amaran itu turut melibatkan Kuantan, Pekan dan Jerantut di Pahang, Sepang dan Kuala Langat di Selangor; Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan serta Tangkak dan Muar di Johor.

Di Sarawak, ramalan itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah, Selangau, Sibu, Sarikei, Maradong, Bintulu, Kapit, Bukit Mabong dan Subis di Miri.

Amaran itu adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

— BERNAMA