Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 6 petang

HomeFeaturedBerita Semasa

Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 6 petang

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, yang dijangka melanda lapan

Program Nikmat Untuk Rakyat, NUR@PETRA 2026 bermula Julai
Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan
72 PERATUS RESPONDEN BERPENDAPAT GRADUAN BIDANG KEMAHIRAN BELUM BERSEDIA BEKERJA – TINJAUAN

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, yang dijangka melanda lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik) dan Perak (Manjung dan Perak Tengah) serta Kemaman di Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuantan di Pahang, Hulu Langat di Selangor serta Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Sarikei (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro), manakala di Sabah, kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Sandakan (Kinabatangan).

SUMBER;

–BERNAMA