JERMAN TAMBAH BANTUAN €11 JUTA UNTUK TANGANI EBOLA DI CONGO

HomeFeaturedBerita Semasa

JERMAN TAMBAH BANTUAN €11 JUTA UNTUK TANGANI EBOLA DI CONGO

BERLIN,. Jerman menambah bantuan sebanyak €11 juta (US$12.7 juta) bagi usaha menangani wabak Ebola di Republik Demokratik Congo, kata Menteri Pembangu

Kekurangan dana jejaskan 8.3 juta orang – UNHCR
KKDW tidak belanja melebihi peruntukan diluluskan – Ahmad Zahid
Lonjakan ranking daya saing bukti asas ekonomi Malaysia semakin kukuh

BERLIN,. Jerman menambah bantuan sebanyak €11 juta (US$12.7 juta) bagi usaha menangani wabak Ebola di Republik Demokratik Congo, kata Menteri Pembangunan Reem Alabali Radovan pada Selasa.

“Kita perlu kekal berkeupayaan untuk bertindak, terutama ketika krisis. Persoalan utama sekarang ialah: Bagaimana kita boleh mencapai hasil sebanyak mungkin walaupun dengan sumber yang lebih sedikit?” kata Radovan dalam temu bual dengan penyiar awam serantau RBB, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kementerian berkenaan mengesahkan peruntukan tambahan itu sebagai respons terhadap pertanyaan dpa.

Radovan berkata keadaan di Congo amat serius.

“Kita kini boleh menganggap bahawa ini adalah wabak Ebola paling buruk dalam sejarah negara itu,” katanya.

Konflik memburukkan lagi keadaan dengan menyukarkan petugas kesihatan untuk sampai kepada mereka yang dijangkiti, kata Radovan.

Jerman menyediakan peralatan, menjadikan makmal bergerak tersedia serta melatih petugas kesihatan untuk memberi pendidikan kepada penduduk Congo mengenai penyakit berkenaan.

— BERNAMA