Agong berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari ATM ke-93

HomeFeaturedBerita Semasa

Agong berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari ATM ke-93

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-93 d

20 hingga 30 pekerja dilaporkan hilang susulan letupan di pusat beli-belah Kumamoto, Jepun
472 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN IMIGRESEN DI LEBUH PUDU
Polis tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM13.8 juta, enam lelaki ditahan

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-93 di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Majlis itu turut menyaksikan perarakan masuk panji-panji Yang di-Pertuan Agong ke dalam dewan santapan sebagai sebahagian daripada istiadat sebelum acara bermula.

Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Hari ATM disambut pada 16 Sept setiap tahun bagi memperingati jasa dan pengorbanan warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

— BERNAMA