Agong kagum karya seni golongan autisme hiasi hotel

Agong kagum karya seni golongan autisme hiasi hotel

PUTRAJAYA,. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa kagum dengan karya seni anak-anak austisme yang dipamerkan di Hotel Mercure Living Putrajaya di sini.

Berangkat merasmikan Hotel Mercure Living Putrajaya itu hari ini, Seri Paduka bertitah kelebihan yang dimiliki golongan istimewa berkenaan wajar disokong.

“Saya dimaklumkan semua gambar-gambar painting (lukisan) yang dipamerkan di hotel ini dilukis oleh anak-anak autisme.

“Saya lihat begitu cantik sekali, begitu menarik sekali lukisan-lukisan yang dipersembahkan kepada saya dan Raja Permaisuri Agong sebentar tadi. Kita beri tepukan gemuruh dan syabas kepada anak-anak autisme,” titah Seri Paduka.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Ikhasas Sdn Bhd Tan Chee Kian berkata hotel bertaraf lima bintang yang siap dibina pada 2019 itu merupakan antara mercu tanda tertinggi di pusat pentadbiran kerajaan, dengan 36 tingkat.

Katanya hotel itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana merupakan satu-satunya hotel di dunia yang mempamerkan hasil karya seni anak-anak austisme di setiap bilik hotel.

“Kumpulan Ikhasas akan sentiasa meneruskan inisiatif ini sepertimana disarankan oleh Seri Paduka Baginda berdua untuk membantu kanak-kanak kurang upaya,” katanya.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)