AGONG TERIMA MENGHADAP MENTERI PENDIDIKAN TINGGI, PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

HomeFeaturedBerita Semasa

AGONG TERIMA MENGHADAP MENTERI PENDIDIKAN TINGGI, PENGERUSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di I

Perancis umum larangan telefon bimbit di sekolah menengah mulai September
Sekatan Selat Hormuz ubah laluan perdagangan global – Kumpulan perkapalan
Negara G7 bakal lepaskan 100 juta tong minyak dan bahan api diesel selepas harga melambung

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Istana Negara.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan mengenai perkembangan semasa Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University (BFSU).

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus di Istana Negara.

— BERNAMA