Ahmad Zahid luang masa tonton GP Malaysia 2025

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Ahmad Zahid luang masa tonton GP Malaysia 2025

SEPANG,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menonton perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarban

Hakim Danish raih tempat ke-12 di GP Aragon
HAKIM DANISH RAIH SEMBILAN MATA DI GP QATAR
Moto3: Hakim Danish di kedudukan ke-14 GP Valencia

SEPANG,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menonton perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2025 di Litar Antarbangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.

Ketibaan Ahmad Zahid bersama ahli keluarganya disambut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif.

Beliau kemudian meninjau seketika kawasan “paddock” sebelum menonton perlumbaan berkenaan.

Ahmad Zahid dijangka menyampaikan trofi kepada pelumba yang memenangi saingan kelas perdana MotoGP, dengan perlumbaan utama dijadual bermula 3 petang ini.

Juara bertahan GP Malaysia daripada Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia akan memulakan saingan di petak utama selepas mengungguli sesi Kelayakan 2 dengan mencatat masa 1 minit 57.001 saat, semalam.

Juara dunia dua kali turut memenangi perlumbaan pecut yang diadakan selepas saingan itu semalam.

–BERNAMA