AIRASIA NASIHAT PENUMPANG BUAT PERANCANGAN AWAL BERIKUTAN PERLUMBAAN F1 HUJUNG MINGGU INI

HomeFeaturedBerita Semasa

AIRASIA NASIHAT PENUMPANG BUAT PERANCANGAN AWAL BERIKUTAN PERLUMBAAN F1 HUJUNG MINGGU INI

KUALA LUMPUR,. AirAsia menasihatkan semua penumpang melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur supaya merancang perjalanan mereka,

Pemuda terima ganti rugi RM7.4 juta atas kecuaian perubatan
Hanya lapan kapal sehari lalui Selat Hormuz meskipun gencatan senjata
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 1 tengah hari – MetMalaysia

KUALA LUMPUR,. AirAsia menasihatkan semua penumpang melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur supaya merancang perjalanan mereka, memandangkan jumlah penumpang lebih ramai serta trafik yang lebih padat dijangkakan bersempena hujung minggu perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa penumpang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas dijadualkan bagi penerbangan antarabangsa, dan dua jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan domestik.

“Semua penumpang, termasuk mereka yang melakukan perjalanan di bawah tempahan berkumpulan, amat digalakkan untuk melakukan daftar masuk layan diri melalui aplikasi AirAsia MOVE atau laman web kami.

“Kemudahan daftar masuk layan diri tersedia bermula 14 hari sehingga satu jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan, kaunter daftar masuk khusus disediakan untuk penumpang yang memerlukan bantuan mobiliti serta bantuan khas lain,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pemegang pasport Malaysia yang melakukan perjalanan antarabangsa digalakkan menggunakan aplikasi MyNIISe atau MyBorderPass bagi melancarkan proses pelepasan imigresen di Terminal 2 KLIA.

Dalam pada itu, AirAsia turut menggalakkan penumpang menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) untuk akses pengangkutan awam yang mudah dan boleh dipercayai ke KLIA2, penumpang juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai nasihat trafik dan pengumuman penutupan jalan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merancang laluan alternatif sekiranya perlu.

“Penumpang yang melakukan perjalanan semasa hujung minggu perlumbaan dinasihatkan untuk memperuntukkan masa perjalanan tambahan ke lapangan terbang disebabkan oleh jangkaan kesesakan di laluan utama menuju ke Terminal 2 KLIA dan Litar Antarabangsa Sepang,” menurut AirAsia.

AirAsia juga menggalakkan penumpang untuk mengikuti saluran media sosial rasminya bagi mendapatkan nasihat perjalanan terkini.

— BERNAMA