Aksi Liga Juara-Juara, Liga Europa tanpa penonton

Aksi Liga Juara-Juara, Liga Europa tanpa penonton

PARIS,. Pusingan Final Lapan kempen Liga Juara-Juara di Lisbon pada bulan depan akan diadakan secara tertututup selepas Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) semalam mengesahkan semua perlawanan kejohanan Eropah itu akan dianjurkan tanpa penonton ‘sehingga dimaklumkan kelak’.

Keputusan itu juga membabitkan semua baki empat perlawanan kelompok 16 terakhir dan perlawanan kedua selain baki aksi Liga Europa serta pusingan Final Lapan Liga Juara-Juara Wanita di Sepanyol pada bulan depan.

“Selaras dengan perkembangan semasa, Jawatankuasa Eksekutif UEFA merumuskan perlawanan-perlawanan UEFA itu perlu diadakan secara tertutup sehingga pemberitahuan kelak,” kata kenyataan badan induk bola sepak Eropah berkenaan.

UEFA turut menjelaskan keputusan itu diambil menerusi ‘perjanjian bersama persatuan kebangsaan dan pihak berkuasa tuan rumah Final Lapan di Jerman, Portugal dan Sepanyol’.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )