BANJIR NEPAL: SINGAPURA KERAH PASUKAN TINDAK BALAS KRISIS

HomeFeaturedBerita Semasa

BANJIR NEPAL: SINGAPURA KERAH PASUKAN TINDAK BALAS KRISIS

SINGAPURA,. Singapura mengerahkan pasukan tindak balas krisis daripada Suruhanjaya Tingginya di New Delhi ke Nepal bagi memberikan bantuan konsular ke

Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
GEMPA BUMI MAGNITUD 6.1, 5.9 LANDA SUMBA, ACEH DI INDONESIA
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina

SINGAPURA,. Singapura mengerahkan pasukan tindak balas krisis daripada Suruhanjaya Tingginya di New Delhi ke Nepal bagi memberikan bantuan konsular kepada rakyat Singapura yang terjejas susulan banjir kilat yang membawa kemusnahan besar berhampiran sempadan Nepal-China.

Kementerian Luar (MFA) republik itu memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi dan Kedutaan Singapura di Beijing turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan China.

“Pihak berkuasa Nepal memberi amaran bahawa masih terdapat halangan pada aliran sungai di bahagian hulu di sempadan Nepal-China, yang berpotensi menyebabkan banjir kali kedua.

“Oleh itu, kami amat menggalakkan rakyat Singapura di kawasan terjejas supaya terus berwaspada, mengikuti perkembangan berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” menurut MFA dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan menerusi hantaran di Facebook berkata kerajaan Singapura sedang menyediakan pakej bantuan kemanusiaan bagi menyokong usaha bantuan di Nepal dan menangani keperluan segera komuniti yang terjejas.

“MFA berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan China bagi memberikan bantuan konsular kepada rakyat Singapura yang terjejas, selain turut berhubung dengan waris mereka,” katanya.

Menurut Lembaga Pelancongan Nepal, sembilan rakyat Singapura adalah antara ratusan warga asing yang dilaporkan hilang ketika angka korban akibat banjir yang membawa kemusnahan besar pada Rabu meningkat kepada 359 orang setakat petang Khamis.

— BERNAMA