TOKYO,. Gempa bumi dengan magnitud awal 4.8 (M4.8) melanda timur Jepun awal Khamis, dengan gegaran dirasai di Wilayah Chiba, menurut agensi cuaca, lap
TOKYO,. Gempa bumi dengan magnitud awal 4.8 (M4.8) melanda timur Jepun awal Khamis, dengan gegaran dirasai di Wilayah Chiba, menurut agensi cuaca, lapor Kyodo News.
Gempa pada 4.13 pagi itu berpunca di bahagian timur laut wilayah tersebut pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, mencatatkan 4 pada skala keamatan seismik Jepun di Asahi, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Gegaran turut dirasai di wilayah jiran, termasuk Ibaraki.
Kira-kira tiga jam kemudian, gempa bumi dengan magnitud awal 4.0 menggegarkan Prefektur Ibaraki, merekodkan 3 pada skala keamatan seismik di Hitachiomiya.
Tiada tsunami dicetuskan oleh dua gegaran itu.
— BERNAMA-Kyodo

